Semasa

JPJ ganti lesen percuma untuk mangsa banjir di Yan

ALOR SETAR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan gantian dokumen penting jabatan itu seperti Lesen Memandu Malaysia (LLM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan sijil Pemilikan Sementara (VOC) secara percuma kepada mangsa banjir di Yan.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook JPJ, gantian dokumen menerusi insiatif ‘touch point’ jabatan itu khusus untuk semua mangsa di lokaliti tersebut yang mengalami kerosakan atau kehilangan dokumen penting berkenaan semasa musibah itu.

Katanya, inisiatif berkenaan akan berkuat kuasa mulai hari ini (6 Sept) sehingga 18 Sept ini.

“Pemilik dokumen harus membuat laporan polis mengenai kehilangan atau kerosakan dokumen dan pelru hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan gantian dokumen baharu di mana-mana pejabat kaunter JPJ negeri atau cawangan di Kedah,” katanya.

Tambahnya, JPJ juga akan memberi kelonggaran dari segi pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan perdagangan atau persendirian yang terlibat dalam oeprasi menyelamat dan membawa bekalan kepada mangsa banjir sehingga bencana itu terkawal sepenuhnya.

“Bagi menyokong usaha kerajaan dalam menganangi fenomena banjir di kawasan terkesan ini juga, JPJ akan selalu berada dalam bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk tenaga manusia atau dalam mengatur gerak aset JPJ, jika diperlukan.

“Pijak JPJ dan seluruh warga kerja juga mendoakan agar semua mangsa banjir diberi kekuatan dan dipermudahkan dalam segala urusan” katanya.

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button