BanjirSemasa

Johor dilanda banjir, 422 mangsa ditempatkan di lapan PPS

JOHOR BAHRU: Johor mula dilanda banjir dengan seramai 422 mangsa dipindahkan ke 8 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat 2 petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan 8 PPS di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat itu, dibuka secara berperingkat mulai 11 pagi tadi susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

“Sebanyak 105 keluarga ditempatkan di lima PPS di Segamat, sembilan keluarga di dua PPS di Kluang dan 6 keluarga di sebuah PPS di Kota Tinggi,” menurut kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan sangat lebat pada tahap bahaya dijangka berterusan membabitkan daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.

Menurut MetMalaysia hujan lebat berterusan pada tahap buruk pula dijangka melibatkan daerah Pontian, Segamat dan Batu Pahat, manakala Tangkak dan Muar pula pada tahap waspada.

Selain itu, empat sungai di Johor melepasi paras berbahaya iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.03 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.18m, Sungai Segamat (Sungai Segamat Kecil) di paras 38.11m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14m.

BACA JUGA
MAPIM Rangers gembleng tenaga bantu mangsa banjir di Tumpat

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau klik ke www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button