Covid19DuniaEkonomiSemasa

Jerman mulakan kuarantin sukarela 1 Mei depan

BERLIN: Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach berkata Jerman tidak lagi mengenakan perintah kuarintin wajib kepada individu yang dijangkiti Covid-19 mulai 1 Mei depan.

Beliau berkata, bermula bulan depan, isolasi ‘amat disyorkan’ ia akan dilakukan ‘secara sukarela’.

“Peraturan semasa tetap berkuat kuasa tetapi ia bukan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Tambahnya lagi, pekerja institusi perubatan terkecuali dari peraturan tersebut yang perlu terus mengasingkan diri selama lima hari jika mereka dijangkiti virus itu.

Jumlah jangkitan di Jerman kekal tinggi, tetapi kebanyakan kes yang dilaporkan bergejala ringan dan perkhidmatan hospital tidak mengalami masalah.

Sekatan Covid-19 sudah dilonggarkan berikutan ekonomi terbesar Eropah yang menarik balik keperluan pemakaian pelitup muka di kedai atau sekolah.

Perintah kerajaan Canselor Olaf Scholz untuk melaksanakan vaksinasi wajib juga sudah beransur-ansur dihentikan.

Individu berusia lebih 18 tahun di syorkan untuk mewajibkan pengambilan vaksin, namun tidak memenangi sokongan majoriti di Parlimen, menjadikan jawatankuasa kerajaan yang mengusahakan rancangan itu memutuskan vaksinasi wajib hanya untuk mereka yang berusia lebih 50 tahun.

-Agensi

 Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button