EkonomiPalestinSemasa

Wakaf gelang emas kesayangan demi Palestin

Sedekah tidak menjadikan kita miskin

Bangi : Sokongan rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin kini memasuki fasa baru. Sebelum ini rakyat Malaysia melancarkan ‘serangan’ troll ke atas media israel dan tokoh mereka dengan slogan #shameonisrael dan #israelkoyak. Ia berjaya menghebohkan dunia dan mendedahkan kekejaman zionis ke atas rakyat Palestin.

Fasa kedua serangan ke atas israel pula lebih mengetengahkan fakta-fakta berkenaan kekejaman tentera israel dan bagaimana mereka menggunakan media bagi mengubah naratif kekejaman mereka.

Fasa ketiga adalah menzahirkan perjuangan itu dalam bentuk yang lebih objektif, iaitu menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada pihak Palestin.

Dalam ketiga-tiga fasa itu, pihak MAPIM Malaysia terlibat secara langsung, dan malah kempen #shameonisrael dimulakan sendiri oleh Ketua Aktivis MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

Bagi mengekalkan momentum setiap fasa, pihak MAPIM Malaysia juga mengadakan wacana dengan pelbagai tokoh selebriti dan akademik untuk membincangkan secara kritis penindasan yang terjadi di bumi Palestin.

Malam tadi berlangsung wacana yang bertajuk ‘Palestin dan Kebangkitan Islam’. Antara tokoh yang membincangkan tajuk itu ialah (Dr.) Sani Araby al Kahery, Prof. Madya Dato’ Dr. Izhar Arif dan Ustaz Abdullah Khairy.

Semasa wacana semakin hangat, ketika itulah (Dr.) Sani Araby al Kahery membuat kejutan. Ibundanya Datin Gayah yang sangat terkesan dengan penderitaan anak-anak di Palestin, mewakilkan (Dr.) Sani mewakafkan gelang emas kesayangannya yang bernilai RM8 ribu kepada penduduk Palestin.

Pasti itu adalah gelang emas kesayangan, dan melepaskan barang kesayangan untuk ummah adalah suatu pengorbanan yang tidak sedikit. Ramai yang menontonnya sebak dan beberapa orang penonton juga turut menitiskan air mata.

Itulah sedekah yang dibuat tanpa ragu-ragu. Semuanya dibuat kerana yakin dengan hadis Rasulullah saw, “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat kepada orang lain.”

Dan pastinya juga kerana yakin dengan janji Allah,

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah.”

(al-Muzammil: 20).

Kata (Dr.) Sani, “Wakaf ini tidak akan mengayakan orang Palestin. Tetapi inilah adalah soal dan hidup mati mereka. Daripada sumbangan inilah kita akan membeli makanan, membangunkan rumah yang sudah hancur, masjid dan pendidikan orang Palestin yang ditindas.”

Semoga itu tindakan itu menjadi contoh kepada kita semua untuk terus membuat kebaikan pada tahap yang kita mampu, kerana harta sebenar yang menjadi milik kita adalah harta yang sudah kita sedekahkan ikhlas kerana Allah.


MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button