Covid19DuniaSemasa

Jepun sekat ketibaan pelancong asing berikutan penularan varian Omicron

TOKYO : Jepun melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron yang semakin menular ke banyak negara.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, keputusan itu dibuat untuk sebagai langkah sementara sehingga maklumat yang lebih jelas mengenai varian Omicron diperoleh.

Langkah itu juga bagi mengelak segala kemungkinan senario yang tidak diingini.

Terdahulu, pengembara atau mereka yang pernah mengunjungi negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe. yang dihalang masuk ke negara Jepun

Jepun sebelum ini telah melarang kemasukan pengembara atau mereka yang pernah mengunjungi negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe.

– BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button