Dunia

Jemaah masjid di Kanada diserang, 5 cedera

TORONTO : Lima orang dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Toronto, Kanada, menurut sumber polis.

Jurucakap Jabatan Polis Toronto, David Rydzik, berkata sekumpulan jemaah lelaki telah diserang secara rawak selepas selesai solat dan ditembak dari sebuah kenderaan di daerah Scarborough.

“Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan tetapi masih tidak diketahui berapa ramai suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

“Kami tidak dapat memastikan sama ada mangsa menjadi sasaran atas sebab mempunyai unsur perkauman,” kata Rydzik.

Sementara itu, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborough, Nadeem Sheikh, berkata beliau memandang serius dengan insiden tembakan itu.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk melakukan yang terbaik untuk membawa suspek ke muka pengadilan dan memaklumkan lebih banyak langkah perlu diambil untuk membendung keganasan senjata api.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button