BENCANA YAN: “Jangan lah sampai jari jemari lebih laju mengatasi ilmu pengetahuan & akal fikiran, menuduh sesuka hati memuntahkan benci serta dendam. Kelak binasa diri sendiri.” luah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menerusi akaun facebook peribadinya.
Luahan itu dikeluarkan beliau selepas ada tuduhan liar yang cuba mengaitkan bencana itu terjadi kononnya kesan daripada pembalakan haram. Muhammad Sanusi turut menjelaskan, fenomena kepala air yang terlalu kuat menyebabkan pokok sekitar hutan simpan turut dibawa arus deras sehingga ke sungai.
Paras air telah surut tetapi orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga kerana hujan masih turun di kawasan berkenaan.
Pegawai Daerah Yan, YM Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah yang mengetuai PKOB Daerah Yan akan menguruskan tindakan lanjut untuk membantu penduduk yang terkesan dengan bencana dan menyediakan laporan lengkap berkaitan bencana ini dengan seberapa segera.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhampiran (Majlis Daerah Pendang, MPSPK, MBAS, Sik) akan digerakkan membantu Majlis Daerah Yan membersihkan kawasan, pemindahan dan bantuan logistik.
Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan menghantar bekalan air ke kawasan yang terputus bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air akibat kelodak dan lumpur.
Bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan diperolehi segera.
“Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan yang masih hilang diharap dapat bersabar dan berdoa semoga mereka selamat.”
Kepada penduduk yang terjejas, diharap mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Penduduk yang diarahkan berpindah perlu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara.
Sebarang bantuan daripada NGO berupa bakul makanan dan seumpamanya di alu-alukan serta perlu diuruskan melalui PKOB untuk memastikan SOP PKP dapat dikekalkan.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang mengikuti rapat perkembangan banjir di Kedah, bertindak pantas menggerakkan pasukan MAPIM Rangers di Kedah yang sudah bersedia di lapangan bagi memberikan bantuan segera. Khidmat bantuan MAPIM Malaysia ke Kedah mendapat kerjasama langsung daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menerusi CDERT MAPIM.
MASA UNTUK KITA MENYUMBANG KE TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA
Akaun Maybank
562263540066
Sumbangan anda akan memberikan harapan kepada mereka yang terjejas kehidupannya.