Semasa

MAPIM Malaysia meriahkan Program Ihya Ramadan SMK Nilai Impian

Nilai : Menjelang Syawal yang tinggal beberapa hari lagi, MAPIM Malaysia telah hadir ke Program Ihya Ramadan anjuran SMK Nilai Impian bagi menyampaikan 60 kotak sumbangan kepada keluarga pelajar yang memerlukan.

SMK Nilai Impian adalah sekolah yang baru sahaja beroperasi pada tahun 2022 dengan bilangan pelajar seramai 303 orang, terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua. Manakala cikgu pula seramai 22 orang.

Pengetua SMK Nilai Impian, Puan Khalidah binti Haji Omar

Menurut pengetua sekolah, Puan Khalidah binti Haji Omar, walaupun Sekolah Menengah Nilai Impian terletak di kawasan elit, tetapi tidak bererti semua pelajarnya berasal daripada keluarga yang mampu. Masih ada keluarga pelajar di sekolah itu yang memerlukan bantuan.

Atas inisiatif beliau, beliau menggerakan usaha bagi membantu pelajar-pelajar terbabit. Beliau juga sangat berterima kasih kepada pihak MAPIM Malaysia kerana dapat hadir dan sekaligus memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Selain MAPIM Malaysia, pihak sekolah turut menerima sumbangan daripada Surau Al Firdaus Nilai Impian (SAFNI) dan pihak perseorangan.

MAPIM Malaysia telah diwakili oleh Mejar Bersekutu (PA) Nik Abd Aziz bin Nik Muhammad, Pengarah Sektor Afrika MAPIM, merangkap Pengarah Tijarah MAPIM.

Melalui ucapan, Mejar Bersekutu (PA) Nik Abd Aziz berkata,

Pengarah Sektor Afrika MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Nik Abd Aziz bin Nik Muhamad

“MAPIM Malaysia, walaupun sering dilihat memberikan bantuan kepada perkara besar seperti banjir dan pelarian perang, domestik dan luar negara, namun MAPIM juga sebenarnya membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, termasuklah pihak sekolah. Ini kerana MAPIM percaya, sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain. Apatah lagi pada bulan Ramadan ini.”

Pada masa hadapan, pihak sekolah berharap akan dapat menjalinkan lagi kerjasama dengan pihak MAPIM, bukan sekadar daripada sumbangan material, juga kerjasama daripada segi pemantapan sahsiah pelajar.

AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN MULIA RAMADHAN AL-MUBARAK

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button