LONDON: Angka terbaharu menunjukkan jalan raya di London kekal paling sesak di dunia selepas kehidupan disifatkan ‘kembali kepada normal’ apabila kesan pandemik coronavirus semakin surut.
Para pemandu di ibu negara itu menghabiskan purata 156 jam duduk dalam trafik pada 2022, menurut laporan oleh pembekal maklumat trafik Inrix.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut kota London mendahului kedudukan kesesakan global, yang meliputi lebih 1,000 bandar di 50 negara.
Kesesakan tersebut turut menyebabkan tempoh masa yang hilang akibat kesesakan di bandar tersebut adalah 5% melebihi paras pra-pandemik.
We have been working alongside @MayorofLondon to help keep the streets of London safe.
Find out how we are stepping up our response to robbery & violence in Ilford below ⬇ https://t.co/iLkjQYoisc
— Metropolitan Police (@metpoliceuk) January 9, 2023
Datuk Bandar London, Sadiq Khan menyifatkan penyenaraian tersebut sebagai amaran penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sekali gus dapat menambah baik kualiti udara.
“Saya rasa ini adalah peringatan tentang kepentingan untuk mengurangkan kesesakan, mengurangkan karbon dan meningkatkan kualiti udara juga.”
“Itulah sebabnya kami mengembangkan zon pelepasan ultra-rendah untuk meliputi seluruh London kerana ia akan mengurangkan bilangan kereta di jalan raya kita.”
“Ini bermakna mereka yang perlu menggunakan jalan raya seperti ambulans, jentera bomba, tukang paip dan juruelektrik.”
“Kami menggalakkan orang ramai untuk berjalan kaki, berbasikal dan menggunakan pengangkutan awam untuk membebaskan jalan raya bagi mereka yang memerlukannya,” katanya.
Pada masa sama, beliau menggesa orang awam untuk menggunakan perkhidmatan awam yang lain termasuk kereta api bawah tanah.
Today we mark 160 years of the London underground – a moment for our city and @TfL to celebrate.
When the Tube first opened in 1863 there were just 6 stations. Now we have 272 stations and 11 lines! #Tube160 #LoveLondon ❤️pic.twitter.com/GHlUybV9Y7
— Sadiq Khan (@SadiqKhan) January 10, 2023
Sementara itu di tempat kedua sebagai lokasi paling sesak ialah Chicago, Amerika Syarikat di mana kebanyakan pemandu menghabiskan masa dengan purata 155 jam di jalan raya.
Ia disusuli Paris, Perancis dengan 138 jam dan Boston, AS, 134 jam.
Untuk rekod sebelum ini, London disenaraikan sebagai bandar ke-8 paling sesak di dunia pada tahun 2019.