Semasa

Jalan utama ke KLIA ditutup akibat banjir

SEPANG – Jalan-jalan utama untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa ditutup akibat banjir.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi satu kenyataan di Facebook berkata orang ramai boleh menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) untuk ke KLIA dan KLIA2.

“Kepada penumpang dan kakitangan lapangan terbang, jalan-jalan Persekutuan utama ke KLIA dari Putrajaya/Cyberjaya/Dengkil/Banting dan Nilai ditutup berikutan banjir.

“Mereka yang datang dari kawasan lapangan terbang, anda boleh mengakses Lebuhraya Elite melalui Serenia City atau menggunakan Jalan Pekeliling berhampiran Litar Antarabangsa Sepang (SIC)/Kuarters Kakitangan KLIA,” menurut MAHB menerusi hantaran di Facebook hari ini.

MAHB memberitahu operasi penerbangan dan perkhidmatan pengangkutan awam di KLIA beroperasi seperti biasa.

Hujan turun berpanjangan sejak awal Sabtu hingga lewat malam ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir.
Bencana tersebut menyebabkan banyak laluan jalan terpaksa ditutup dan menyukarkan kenderaan di jalan raya untuk bergerak ekoran kesesakan lalu lintas.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button