Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hingga Jambatan Angkat ditutup mulai Ahad
KUALA TERENGGANU : Bermula dari Ahad sehingga Selasa ini (13 Februari hingga 15 Februari), laluan kedua-dua hala di jalan pesisir Pantai Seberang takir di Kuala Nerus, sehingga Jambatan Angkat akan ditutup.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata ia berikutan Angkatan Tentera Malaysia di kawasan muara utara Jambatan Angkat akan mengadakan satu aktiviti di situ dan ia sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Menurutnya, sepanjang acara raptai majlis pada Ahad dan Isnin (13 Februari dan 14 Februari) jalan akan ditutup bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari manakala pada Selasa (15 Feb) jalan akan ditutup pada 7.30 pagi hingga 12 tengah hari semasa majlis berlangsung.
“Semua pengguna jalan raya yang datang dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar Kuala Terengganu dan sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan jalan Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dalam tempoh penutupan jalan tersebut,” katanya
Sehubungan itu katanya bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dan mematuhi segala arahan yang akan diberikan oleh anggota polis yang bertugas.