DuniaKemanusiaanPalestin
Jahanam Israel! Kem pelarian dibomnya
Bayi satu-satunya, terselamat 7 lagi kecundang
GAZA : Mahu bertangguh lagi badan dunia, tanpa ada apa apa mengenai gencatan senjata konflik hari ke-6 Israel – Palestin. Selain bangunan awam, pejabat media, bank, kem pelarian juga antara yang menjadi mangsa bedilan.
Menurut Wafa News Agency, dua wanita dan lapan kanak-kanak terbunuh dalam keluarga Al Hatab di kem pelarian Shati di Semenanjung Gaza.
Mangsa dikeluarkan daripada runtuhan konkrit akibat pengeboman Israel.
Tiada amaran diberikan ketika serangan dilancarkan.
Setakat ini hanya seorang bayi terselamat .