HiburanSemasa

Jada Smith manis berkain batik, bertudung jingga

Berpakaian sopan tarik perhatian ramai

UNITED STATES : Anggun dan menawan, antara ulasan yang diterima Jada Smith dalam mengenakan busana berkonsepkan gaya muslimah di laman sosial Instagram beliau, 10 April lalu.

Jada Pinkett Smith atau lebih dikenali sebagai Jada Smith memukau orang ramai dengan mengenakan jaket denim, berkain batik dan bertudung jingga ketika bercuti di negara Timur Tengah.

Katanya pakaian itu sahaja dipakainya ketika berada di negara Timur Tengah ketika melihat suaminya berlari dengan memakai pakaian itu.

When you are in the Middle East watching  @willsmith  on his sunrise run in my non glamour glory and the talented  @jas wants to capture it

Melihat pada hantaran gambar di Instagram @JadaPinkettSmith, isteri kepada pelakon terkenal William Smith ini, sekali lagi menarik perhatian ramai dengan hantaran gambar mengenakan tudung berwarna pic semalam dengan kapsyen :

“Saya amat yakin warna pic di Timur Tengah sesuai dengan saya”.

Sebaik sahaja wanita berusia 49 tahun ini menghantar paparan imej beliau bertudung, kira-kira 795,000 pengguna Instagram menekan butang suka pada gambar tersebut dan beribu ulasan diterima dari setiap pelosok dunia memuji kecantikan beliau.

Tidak ketinggalan selebriti terkenal, seperti Priyanka Chopra antara yang memberi ulasan memuji pakaian Jada Smith:

“Cantik”

“Itulah kilauan dan cahaya dalaman yang memancar”

Lebih mengujakan, hantaran imej sopan ini dihantar sekitar sebelum kedatangan bulan Ramadan lalu.

Walau bagaimanapun, pilihan Jada Smith untuk mengenakan hijab bukan sesuatu perkara yang janggal, pada tahun 2018, ibu kepada dua cahaya mata itu, pernah berhijab kerana mengesyaki dirinya menghidap penyakit barah sehingga menghadapai masalah keguguran rambut yang melampau atau Alopecia.

Tambah beliau dalam rancangan ‘Red Table Talk’ bersama ibu dan anak perempuannya, Willow Smith,   ketika diuji dengan keguguran rambut yang teruk, beliau memandang pada perspektif agama, di mana Tuhan berkuasa untuk mengambil apa yang dimahukan.

Ramai orang menghidap barah, dengan anak-anak yang sakit … Saya lihat Sang Pencipta berkuasa menarik nikmat dari sesiapapun setiap hari. Apabila saya melihat dari perspektif itu, saya lega.

Kelihatan riak wajahnya sangat reda atas dugaan yang diberi dan memandang dari sudut positif.

Namun, berbalik pada paparan gaya muslimah beliau di Instagram timbul titik persoalan mengapa memilih kain batik sedangkan Timur tengah tertera jelas di kapsyennya, adakah beliau mengangkat budaya pemakaian masyarakat Malaysia?

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button