DuniaSemasa

Isreal lancar serangan peluru berpandu di Barat Syria

Oleh Khairulanwar Mohd Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Pada malam Ahad, Israel didakwa melancarkan serangan peluru berpandu di barat Syria dengan beberapa letupan kedengaran di kawasan pantai negara tersebut, lapor media kerajaan Syria.

Sekurang-kurangnya tiga orang askar maut dalam serangan tersebut manakala tiga orang lagi cedera.

Media kerajaan Syria melaporkan bahawa tentera Israel telah menyasarkan beberapa kedudukan di wilayah Tartus tanpa memberikan butiran lanjut.

Mereka turut mengatakan bahawa peluru berpandu itu dilepaskan oleh pesawat perang yang terbang di atas negara jiran Lubnan.

Syrian Observatory for Human Rights yang berpangkalan di Britain memaklumkan bahawa serangan Israel tersebut menyasarkan pangkalan pertahanan tentera udara Syria di kawasan Abu Afsa.

Israel telah melakukan ratusan serangan ke atas sasaran di dalam kawasan yang dikawal kerajaan di Syria sejak beberapa tahun lalu, tetapi jarang mengaku bertanggungjawab dalam operasi tersebut.

Israel mengakui serangan, namun ia menyasarkan pangkalan kumpulan militan bersekutu Iran seperti Hizbullah Lubnan yang menghantar ribuan pejuang bagi berperang bersama tentera Presiden Syria Bashar Assad.

Pada bulan Jun, serangan udara Israel menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik tidak beroperasi buat sementara waktu. – Globalnews


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button