DuniaKemanusiaanPalestin

Israel lakukan tangkapan besar-besaran rakyat Palestin

Tangkapan dilakukan secara rawak dan sasar

SILWAN : Israel terus melakukan tangkapan besar-besaran rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dalam usaha mematahkan tentangan Palestin terhadap penjajahan rejim Zionis.

Pada Mei 2021, kira-kira 3,100 rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis ditahan secara rawak dan sasar menerusi kempen tangkapan yang dijalankan Israel, demikian laporan Persatuan Tahanan Palestin, Addameer.

Jumlah tangkapan terbesar membabitkan seramai 2,000 orang berlaku di sempadan ‘Green Line’ berikutan protes besar-besaran serbuan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa, proses menghalau penghuni Palestin dari rumah mereka dan pertembungan dengan tentera serta penghuni Israel.

“Keadaan sama berlaku di wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah, kempen tangkapan itu mengakibatkan lebih 1,100 penahanan termasuk 180 kanak-kanak dan 42 wanita.

“Jumlah tangkapan tertinggi berlaku di Baitulmaqdis dengan 677 tangkapan,” lapor Addameer.

Pada awal Mei, 60 tahanan, aktivis dan ahli poltik Palestin yang dibebas telah disasarkan dengan 25 daripada mereka dipindahkan kepada tahanan tanpa bicara.

Kaed Rajabi, 43, dari Silwan di timur Baitulmaqdis, adalah antara tahanan tersebut dan baharu sahaja dibebaskan beberapa minggu lalu selepas ditahan di penjara Moskobiya di barat Baitulmaqdis selama seminggu.

Bapa kepada lapan anak itu berkata, penjara Israel ibarat sudah menjadi rumah keduanya selepas dia sering ditangkap sejak berusia 14 tahun.

Katanya, beliau pernah dimasukkan ke penjara Nafha, Gilboa, Shatta dan Hasharon merangkumi dan tempoh tahanannya adalah antara harian hingga ke tahunan.

Beliau menjangkakan tempoh tahanannya di penjara Israel secara keseluruhan adalah selama lapan tahun disebabkan menentang penjajahan Israel.

“Kali pertama saya ditahan adalah pada 1992 ketika saya berusia 14 tahun dan dan saya ditahan dipenjarakan selama lima tahun kerana membaling molotov dan batu ke penghuni haram Israer serta menganjurkan protes.

“Saya disiasat selama 70 hari dengan tangan digari di belakang kerusi dan kaki di ikat kepada. Saya ditumbuk, ditendang dan dipukul ketika disoal siasat selama berjam setiap hari menyebabkan saya sentiasa berdarah,” katanya

“Penangkapan pertama saya pada tahun 1992 adalah ketika saya berusia 14 tahun ketika saya dihantar ke penjara selama lima tahun kerana melemparkan koktel dan batu Molotov ke atas peneroka Israel dan mengadakan tunjuk perasaan,” kata Rajabi kepada Al Jazeera.

 

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan / AJ

Related Articles

Back to top button