PalestinSemasa

israel tidak akan tamatkan perang : Netanyahu beritahu Biden

Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu telah memberitahu Presiden AS Joe Biden semasa panggilan telefon bahawa Tel Aviv tidak akan menamatkan perang ke atas Gaza sehingga “semua objektifnya tercapai.”

Perbualan itu berlangsung selepas israel menerima respons Hamas terhadap pertukaran tahanan dan cadangan gencatan senjata Gaza, menurut Saluran 12 israel.

Netanyahu memaklumkan Biden bahawa israel akan menamatkan perang ke atas Gaza selepas mencapai semua objektifnya, kata penyiar itu.

Netanyahu sebelum ini telah menggariskan tiga matlamat untuk perang: menghapuskan Hamas, memastikan pembebasan tawanan israel di Gaza, dan memastikan kawasan Palestin tidak akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan israel.

 

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button