PalestinSemasa

Israel terus serang Gaza

Gencatan senjata tidak ada makna bagi Israel

BAITULMUQADDIS : Gencatan senjata seolah-olah tidak ada makna bagi Israel apabila mereka terus melakukan serangan udara terhadap Semenanjung Gaza semalam.

Ini merupakan insiden ketiga Israel menyerang Gaza sejak Israel dan Palestin bersetuju untuk melakukan gencatan senjata.

Jurucakap keselamatan Palestin, berkata beberapa peluru berpandu terkena sebuah tapak latihan di selatan bandar Gaza dan satu kawasan di tengah wilayah itu. Tiada kematian dilaporkan.

Kebakaran di bebearapa Kota Gaza, Gaza pada 15 Jun 2021 setelah serangan udara zinois Israel melanda .

Sementara itu, jurucakap tentera Israel mendakwa kawasan yang diserang itu merupakan lokasi pembuatan senjata oleh Hamas dan sebagai tindak balas kepada pelancaran belon api ke Israel.

Tambahnya, tentera Israel akan bertindak terhadap sebarang serangan dari wilayah Gaza.

“Tentera Israel akan bertindak terhadap sebarang sebarang serangan dari wilayah Gaza,” – Jurucakap tentera Israel.

Pada 21 Mei lalu, Israel dan Hamas bersetuju untuk melakukan gencatan senjata sekali gus mengakhiri serangan kejam Israel terhadap wilayah itu sejak 2014.

Menerusi pengeboman selama 11 hari, tentera penceroboh itu telah membunuh hampir 260 rakyat Palestin termasuk 66 kanak-kanak serta memaksa puluhan ribu orang meninggalkan rumah mereka.

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

 

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button