Covid19Semasa

Majlis akad nikah di Selangor dibenarkan – JAIS

Hanya dilaksanakan mengikut ketetapan dan SOP

SHAH ALAM : Pelaksanaan majlis akad nikah di Selangor dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi laman Facebook rasminya semalam, yang menyatakan bahawa majlis pernikahan boleh diteruskan seperti ketetapan pada 24 Jun lalu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Sebelum ini, JAIS membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah secara bersemuka mulai 1 Julai yang hanya boleh dilaksanakan di pejabat JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dari Isnin hingga Ahad.

Pasangan pengantin bagaimanapun perlu mendapatkan tarikh temu janji terlebih dahulu dan kehadiran adalah terhad kepada pengantin lelaki, perempuan serta wali.

JAIS juga mengingatkan pengantin lelaki, perempuan serta wali wajib mengemukakan keputusan menjalani ujian tindak balas berantai polimeras masa nyata (rt-PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum pelaksanaan majlis kepada pendaftar.

Info terkini akan dimaklum dari masa ke semasa dengan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-5514 3400/3600 atau emel buuk@jais.gov.my

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar / AJ

 

Related Articles

Back to top button