PalestinSemasa

Israel menyerang konvoi palestin rentetan arahan keluar 1 juta rakyat Gaza

oleh: Sabhan Iman

Selepas memberi amaran kepada 1.1 juta rakyat Palestin supaya mengosongkan utara Gaza menjelang pencerobohan darat yang dijangkakan ke atas kawasan yang dikepung itu, tentera Israel dilaporkan mengebom konvoi awam pada hari Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin terbunuh dan 200 yang lain cedera, menurut Kementerian Dalam Negeri yang berpangkalan di Gaza.

Iyad Al-Buzm, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, memberitahu bahawa konvoi itu disasarkan kerana kira-kira 150 orang awam sedang melalui Jalan Salah Aldin di kawasan kejiranan Al-Zeytoun. Seruan Israel untuk mencari perlindungan di wilayah selatan Semenanjung Gaza dilihat bertujuan menyerang konvoi tersebut. Berpuluh-puluh rakyat Palestin boleh dilihat bergegas menyelamatkan orang yang terperangkap di dalam runtuhan.

Menurut, pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ,Martin Griffiths menulis di media sosial pada hari Jumaat bahawa “perintah untuk memindahkan 1.1 juta orang dari utara Gaza melanggar peraturan perang dan asas kemanusiaan.”

Sebilangan besar rakyat Palestin berkata mereka tidak akan mengendahkan perintah pemindahan Israel, dengan beberapa mengatakan mereka takut Nakba baharu, merujuk kepada penghapusan etnik lebih daripada 750,000 orang Arab dari Palestin semasa penubuhan negara moden Israel pada 1947-48.

“Jika kami akan mati di sini, kami akan mati di rumah kami,” kata penduduk Gaza Mansour Shouman kepada Al Jazeera pada hari Jumaat. “Kami akan mati di utara atau selatan. Kami akan mati dengan kepala tinggi, berdiri di atas tanah kami, berdiri dengan hak kami, dan berpegang teguh pada iman kami.”

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 2,215 rakyat Palestin, termasuk 724 kanak-kanak, telah terbunuh dan 8,714 yang lain cedera sejak konflik semakin memuncak. Dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, 324 rakyat Palestin telah terbunuh dan 1,000 yang lain telah cedera dalam serangan udara Israel di Gaza, menurut kementerian kesihatan.

Sumber: Al-Jazeera

Related Articles

Back to top button