Pelbagai punca dikaitkan dengan letupan pelabuhan di Beirut pada 4 Ogos lalu.
Dan terkini, Israel didakwa dalang kepada letupan berdarah itu.
Nouhad Machnouk, seorang Ahli Parlimen yang mewakili Beirut berkata Israel adalah pihak yang nyata bertanggungjawab terhadap letupan itu yang kini meragut hampir 200 nyawa dan mencederakan 6,000 yang lain.
Bercakap dalam satu sidang media pada Rabu lalu, beliau mengucapkan syabas kepada ahli parlimen dan pimpinan kerajaan Beirut yang meletak jawatan berhubung tuntutan rakyat mengenai siasatan letupan.
Bekas menteri kabinet yang sebelum ini adalah sekutu rapat, bekas Perdana Menteri Saad Hariri turut mendesak satu jawatankuasa antarabangsa ditubuhkan bagi meneliti punca tragedi yang memaksa Beirut kini terpaksa dibangunkan kembali.
Pic:Al-jazeera
Beliau turut menempelak kenyataan Presiden Michel Aoun yang baru baru ini menyebut siasatan antarabangsa itu adalah perbuatan sia-sia.
-Al-arabiya.com