Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Jangan alpa dengan situasi Sheikh Jarrah!

Rakyat Palestin masih ditindas, dihalau dari kediaman sendiri

JERUSALEM : Gencatan senjata yang diisytihar kedua -dua belah pihak Israel dan pejuang Hamas Jumaat lalu tidak bermaksud Sheikh Jarrah bebas daripada belenggu rejim Zionis.

Kekejaman yang dilakukan puak Zionis ini masih belum jumpa titik noktah di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Israel yang cukup terkenal dengan penindasan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa sanggup melakukan apa sahaja demi mepertahankan ‘promise land’ mereka.

Hal ini terbukti apabila beberapa penduduk asal kawasan itu yang terdiri daripada rakyat Palestin diusir dengan kejam setelah mahkamah daerah di Baitulmaqdis memutuskan hak milik tanah itu jatuh ke tangan pendatang Israel.

Terkini, merujuk pada kenyataan salah seorang rakyat Palestin yang dihalau dari kediamannya di Sheikh Jarrah, Mohammed el-Kurd, mengatakan rakyat Palestin masih belum bebas.

Sekatan ‘haram’ kemasukan ke kawasan kejiranan itu diperketat. Rata-rata polis Israel yang mengawasi kawasan itu sentiasa memerhatikan pergerakan mereka.

Sekatan itu bukan sahaja buat penduduk Palestin, malah, sekatan itu turut membabitkan petugas perubatan dan golongan media.

Penunjuk perasaan berdemonstrasi di Sheikh Jarrah menentang pengepungan yang berlaku di kawasan kejiranan tersebut.

Kurd dalam kenyataan beliau di Twitter , berkata penajajah ini sentiasa menganiaya dan menindas kehidupan mereka. Mereka berusaha keras untuk meruntuhkan semangat rakyat Palestin dengan melontarkan kata-kata kesat dan memaki hamun penduduk asal.

Tambah beliau, rejim Israel bertindak kurang ajar apabila menyerbu sebuah rumah yang didiami seorang lelaki berusia 95 tahun dan meletakkan gas pemedih mata di antara kakinya.

Polis Israel menyerbu dan mengusir keluarga Palestin dari kediaman mereka sendiri.

Kurd merasakan pendatang Israel ini bertindak kejam dengan senjata yang lengkap dibawa kesana sini, mengawal pergerakan rakyat Palestin yang tiada bersenjata untuk memastikan tiada kekacauan dilakukan di kawasan yang mereka jajahi.

“Untuk pengesahan, keadaan kejiranan kami masih mengerikan dan kami masih dikepung (kepada bukan penduduk) dan perpindahan kami tetap ada kemungkinan,”  – Mohammed el-Kurd

Biarpun sudah berabad isu pemilikan tanah Sheikh Jarrah ini diperdebat di mahkamah-mahkamah Israel, namun, jawapan masih berpihak kepada pendatang Yahudi ini.

Pelbagai rayuan dikemukan, tetapi puak rejim Zionis ini masih utuh menapak di kawasan yang berhampiran Masjid Al-Aqsa itu.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_______________________

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button