Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada 20,057, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.
Sekurang-kurangnya 53,320 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak 7 Oktober, tambah kementerian itu.
“Sekurang-kurangnya 390 orang telah terbunuh dan 734 yang lain telah cedera dalam tempoh 48 jam terakhir di mana komunikasi terganggu di Semenanjung Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh kumpulan penentang Palestin Hamas pada 7 Oktober.
SUMBER : TRT World