DuniaKemanusiaanPalestinPolitikSemasa

Israel berkeras tolak Palestin adakan pilihan raya

Pertama dalam tempoh 15 tahun untuk rakyat keluar mengundi

TEBING BARAT : Tahun ini Palestin akan mengadakan pilihan raya untuk kali pertama dalam 15 tahun. Bagaimanapun hasrat Palestin untuk mengadakan pilihan raya di Baitulmaqdis ditolak Israel.

Menurut sumber pegawai Palestin, setakat ini Israel tidak menunjukkan solongan positif bagi proses pengundian pilihan raya itu pada saat masyarakat antarabangsa mendesak pilihan raya untuk Palestin.

Azzam al-Ahmad, anggota Organisasi Pembebasan Palestin (PLO),  yang berkata kepada radio rasmi Palestin Voice keengganan Israel itu menjadikan satu kejayaan kepada rakan sekutunya, Amerika Syarikat.

Azzam al-Ahmad/ anggota Organisasi Pembebasan Palestin

“Israel tidak bertindak balas secara positif dengan permintaan Palestin dan tekanan antarabangsa untuk membenarkan pilihan raya di Baitulaham. Israel berpegang pada perjanjian Amerika Syarikat abad ini dan menganggapnya sebagai kemenangan” – Azzam al-Ahmad/ anggota Organisasi Pembebasan Palestin

Al-Ahmad, yang juga anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, mengatakan kumpulan Palestin akan bersidang minggu ini untuk membincangkan penyertaan Baitulmaqdis dalam pilihan raya akan datang.

Tahun lalu,  mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melancarkan perancangan kontroversial yang memperuntukkan Baitulaham sebagai “ibu kota Israel yang tidak terbahagi”. Plan itu juga merujuk Tebing Barat sebagai sebahagian kedaulatan Israel.

Pelan Trump itu mengundang kecaman dari rakyat Palestin dan menuntut penubuhan sebuah negara Palestin yang terbina walau terasing seperti pulau dikelilingi dengan hanya jambatan dan terowong.

Jurucakap Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Stéphane Dujarric, mengulangi pendiriannya bahawa penting untuk semua rakyat Palestin mengambil bahagian dalam pilihan raya negara itu.

Dujarric mengulangi penjelasannya, pilihan raya yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Palestin, melalui Suruhanjaya Pusat Pilihan raya. PBB juga sudah menghubungi pihak suruhanjaya. Adalah penting kata beliau bagi semua masyarakat Palestin yang layak membuang undi pemilihan bagi wilayah diduduki Palestin.

Stéphane Dujarric/ jurucakap setiausaha jeneral PBB.

“Adalah sangat penting bahawa rakyat Palestin, di semua bahagian wilayah Palestin yang diduduki, dapat mengambil bahagian dalam proses demokrasi yang sangat penting ini”. – Stéphane Dujarric/ Jurucakap Setiausaha jeneral PBB

Warga Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis Timur mengambil bahagian dalam pilihan raya sebelumnya yang dilakukan pada tahun 1996, 2005 dan 2006. Mereka memilih di enam pusat pos keselamatan Israel yang ditubuhkan di kota itu. Undian kemudian dihantar melalui pos ke Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Palestin.

Palestin dijangka memilih badan perundangan baru pada 22 Mei dan pemilihan presiden pada 31 Julai sejak kali terakhir 15 tahun.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Related Articles

Back to top button