Covid19Semasa

Sesak di bazar Aidilfitri

Lepas `gian'nak raya

KUALA LUMPUR: Ramai orang tidak mengambil peduli dengan larangan merentas negeri dan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 apabila jualan kelengkapan hari raya menjadi tempat tumpuan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Tinjauan Kosmo,  di bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), plaza jualan borong dan `uptown’ di sekitar Lembah Klang mendepati, orang ramai berpusu-pusu memasuki kawasan gerai dan tidak kisah untuk beratur panjang ketika hendak mendaftar masuk, laporan Kosmo.

Terdapat banyak sebab yang diberi oleh pengunjur dan majoriti menjawab tidak mahu bersesak pada waktu akhir dan mempuaskan hati mereka dengan cara membeli-belah walaupun tidak dibenarkan pulang ke kampung menyambut lebaran.

Pengunjung juga seakan melepaskan gian disebabkan Ramadan tahun lepas tidak dapat berbuat demikian ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di bazar Aidilfitri Lorong TAR, tinjauan mendapati pengunjung sanggup beratur dan menunggu giliran masuk ke kawasan jualan.

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2021 – Sebahagian orang awam meluangkan masa hujung minggu dengan berkunjung di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman yang diadakan pada setiap hujung minggu. Gambar dirakam ketika tinjauan di Bazar Aidilfitri, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini. Sumber dari KOSMO

Seorang juruteknik lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jaafar Ripin, 55, berkata, dia dan isterinya, Rafeah Sukiran, 52 sanggup menunggang motosikal dari Sepang untuk membeli kelengkapan hari raya di situ.

“Lorong TAR menjadi destinasi wajib untuk membeli barang raya selama lebih sedekad. Tahun lalu tidak dapat pergi kerana PKP an kini saya membeli kurta, tudung, kerongsang dan kain pelekat” – Jaafar Ripin

Seorang lagi pengunjung, Juliah Sabran, 35, berkata, dia mendepati peniaga menawarkan potongan harga menarik terutamanya bagi pakaian wanita dan kanak-kanak.

“Ada juga busana yang dijual bukanlah corak terkini tetapi tidak mengapa asalkan cantik dan berkualiti jika pandai pilih. Membeli-belah sebegini juga lebih memberi kepuasan berbanding dilakukan secara online” – Juliah Sabran

Selain itu, di Klang, Selangor, tinjauan di pusat borong GM Klang di banda Botanic mendapati, antara barangan yang menjadi tumpuan termasuk baju kurung, tudung, langsir, aksesori rumah dan karpet.

Seorang pengunjung, Shamsiah Ibrahim, 45, sanggup datang awal kerana tidak mahu bersesak jika menunggu pada saat akhir.

“Saya tidak menukar banyak barang baharu sebaliknya sekadar membeli karpet dan beberapa aksesori rumah yang lain untuk membangkitkan suasana ceria memandangkan tahun ini kita dah boleh beraya dalam daerah yang sama” – Shamsiah Ibrahim

Sementara itu, Mohd. Shamsul Md. Shah, 45, berkata kepada wartawan, selain mencari baju raya dia turut membeli kelengkapan rumah.

“Kena cepat kerana bimbang jika kerajaan umum PKP balik, sedih juga tidak dapat balik Melaka” – Mohd Shamsul Md. Shah

Walaupun kerajaan memberi sedikit kebebasan, tidak bermakna kita bebas COVID-19. Kita sebagai seorang muslim haruslah menjaga kebersihan dan mengambil langkah berjaga-jaga agar kita dapat mengelak daripada wabak ini serta tidak merebak kepada orang lain.

Disebabkan COVID-19 tidak mengira bangsa dan agama kita perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah disediakan oleh kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Menurut WHO, cara untuk mengelakkan diri dan orang lain terkena wabak ini.

  • Jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara anda dan orang lain untuk mengurangkan risiko jangkitan anda ketika mereka batuk, bersin atau bercakap. Mengekalkan jarak yang lebih besar antara diri sendiri dan orang lain apabila di dalam bangunan. Semakin jauh, lebih baik.
  • Jadikan memakai topeng adalah perkara biasa di sekitar orang lain. Penggunaan yang sesuai, penyimpanan dan pembersihan atau pelupusan anda adalah penting untuk membuat topeng sebagai berkesan yang mungkin.
  • Oleh Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Related Articles

Back to top button