PalestinSemasa

Israel akui serbuan di Gaza mengakibatkan 5 kanak-kanak terbunuh

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Pegawai tentera Israel telah mengesahkan bahawa Israel bertanggungjawab atas kematian lima kanak-kanak Palestin yang terbunuh pada hari terakhir pengeboman negara itu baru-baru ini di Semenanjung Gaza.

Beberapa pegawai pertahanan memberitahu akhbar Israel Haaretz bahawa siasatan tentera ke atas serangan di Semenanjung Gaza pada 7 ogos lalu telah mendapati bahawa Israel harus dipersalahkan.

Beberapa sumber pertahanan memberitahu bahawa dalam serangan tersebut telah membunuh 5 kanak-kanak Jamil Najm al-Deen Naijm, 4 tahun, Jamil Ihab Najib, 13 tahun, Mohammad Nijm, 17 tahun, Hamed Nijm, 17 tahun dan Nazmi Abu Karsh, 15 tahun.

Kesemua mereka terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Tanah Perkuburan al-Faluja bersebelahan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Ihab Najib, bapa kepada empat kanak-kanak yang terbunuh menyatakan bahawa keluarga itu menuntut Israel sebagai orang yang harus dipersalah atas kematian kanak-kanak itu selepas mendengar keterangan daripada saksi.

“Anak-anak kami tidak bersalah dan mereka masih lagi muda, mereka berada di tanah perkuburan berhadapan dengan rumah kami untuk menziarahi datuk mereka.

Mereka telah dibunuh dengan kejam. Kami menyeru semua pihak untuk berdiri bersama kami dan menyokong perjuangan kami untuk menuntut keadilan kepada mereka yang telah membunuh anak-anak kami di mahkamah antarabangsa.” – ujar Ihab Najim

Dalam teomph tiga hari tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, seramai 49 orang termasuk 17 kanak-kanak terbunuh dengan lebih 360 orang lain cedera.

Dalam satu kenyataan angkuh yang dibuat oleh Israel baru-baru ini mengatakan bahawa nisbah antara orang awam dan pejuang Islam yang terbunuh adalah yang terbaik dari semua operasi.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button