Semasa

Ismail Sabri zahir ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam insiden pesawat Hawk 108 terhempas malam tadi.
Beliau menzahirkan ucapan takziah tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook dengan titipan doa agar arwah ditempatkan bersama golongan beriman.
“Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat HAWK 108 malam tadi di Butterworth.
“Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Mohamad Affendi meninggal dunia dalam dalam insiden yang berlaku pada jam 10:07 malam ketika sedang menjalankan latihan penerbangan (Night Flying).
Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga memaklumkan mereka akan menjalankan siasatan secara terperinci terutamanya dalam aspek teknikal berhubung kejadian tersebut.
Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button