DuniaSemasa

Insiden kebakaran hospital di Senegal ragut 11 nyawa bayi baru lahir

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

DAKAR: Kejadian kebakaran hospital di bandar Tivaouane, Senegal Barat, telah meragut 11 nyawa bayi yang baru lahir, kata Presiden negara itu, Macky Sall di Twitter.

“Saya telah dimaklumkan mengenai tragedi yang menyakitkan dan mengecewakan mengenai kematian 11 bayi yang baru lahir malah terlibat dalam kebakaran di Jabatan Neonatal Hospital Awam. Kepada ibu dan keluarga mangsa, saya merakamkan rasa simpati yang mendalam,” kata Sall.

Kebakaran itu berpunca daripada litar pintas yang berlaku di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di hab pengangkutan Tivaouane, menurut ahli politik Senegal, Diop Sy.

“Api merebak dengan cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar, Demba Diop pula berkata, tiga bayi berjaya diselamatkan dan kerosakan elektrik berlaku di unit pendingin hawa di wad bersalin hospital berkenaan

Terdahulu, di bandar utara Linquere juga pernah berlaku kejadian yang serupa pada akhir April lalu, apabila kebakaran di hospital telah menyebabkan empat bayi yang baru lahir terkorban.

Untuk rekod, negara berkenaan turut digemparkan dengan berita seorang wanita hamil yang meninggal dunia apabila sedang menunggu untuk melakukan pembedahan.

Wanita hamil itu menunggu di sebuah hospital awam di bandar barat laut Louga untuk menjalani pembedahan pada April lalu, dan meninggalkan dunia sebelum mendapatkan rawatan.

Keadaan sistem kesihatan awam yang teruk hingga menyebabkan kematian menjadikan gelombang kemarahan di seluruh dunia.

-AFP

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button