Indonesia rekod lebih lima juta kes Covid-19
JAKARTA : Sejak Mac 2020, Indonesia telah merekodkan lebih daripada lima juta kes Covid-19, dengan jangkitan meningkat dengan pesat dalam beberapa minggu kebelakangan ini disebabkan oleh strain Omicron, sejak Mac 2020
Semalam, negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu melaporkan tambahan 63,956 kes, menjadikan jumlah kes yang disahkan kepada 5,030,002 jangkitan.
Ketika gelombang ketiga wabak itu melanda Indonesia, Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan tambahan 206 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah mangsa kepada 145,822.
Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta semua pihak bekerjasama bagi memastikan 208.2 juta rakyat negara ini divaksinasi dengan betul bagi mencapai imuniti kelompok.
Dalam pada itu, beliau menganjurkan agar program imunisasi warga emas dan kanak-kanak disegerakan.
Setakat ini, kira-kira 189.06 juta individu telah mendapat dos pertama vaksin mereka, dengan 138.28 juta lagi menerima dos kedua.
Sementara itu, terdapat 419,890,900 jangkitan koronavirus di seluruh dunia, dengan 5,878,817 kematian dicatatkan di 223 negara dan wilayah.
-AGENSI