Covid19Semasa

Individu pulang umrah mula pakai peranti pengesanan digital

KUALA LUMPUR : Bangunan Satelit C25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyediakan 20 kaunter dan 40 petugas bagi membantu proses pemakaian peranti pengesanan digital bagi individu yang pulang menunaikan umrah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil masa lebih kurang satu jam 20 minit bagi menjalankan saringan kesihatan dan pemakaian peranti pengesanan digital edgenta.

“Mereka yang selamat tiba daripada umrah kini telah mula memakai digital tracker,” ,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata, pada masa ini, pemakaian peranti pengesanan digital itu adalah untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi di bawah pengawasan kuarantin rumah.

Digital tracker yang dipakai oleh jemaah yang kembali dari menunaikan umrah Gambar – Sinar Harian

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button