Felix Gretarsson, 49, adalah orang pertama di dunia yang berjaya menerima pemindahan organ lengan dan bahu tanpa ada seberang masalah yang serius.
Beliau yang merupakan seorang juruelektrik telah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1998, sehingga kehilangan kedua-dua belah tangannya.
Kemalangan itu berlaku apabila beliau tersalah sambung wayar sehingga terkena renjatan elektrik dan jatuh dari ketinggian 32 kaki.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, Gretarsson berkata, dia hanya rasa sakit di bahagian perut dan berasa keliru dan hilang ingatan untuk suatu tempoh yang lama.
Semasa kejadian, lengan Gretarsson terbakar dan rakan-rakannya bergegas ke sungai berhampiran untuk mendapatkan air bagi memadam api tersebut.
Gretarsson koma selama tiga bulan, di mana dia menjalani 54 pembedahan dan bagi menyelamatkan nyawanya, kedua-dua tangannya perlu dipotong dari bahu.
Setelah menemui pakar bedah hebat, Gretarsson merasa mempunyai harapan baru apabila dia merayu bagi melakukan pemindahan organ untuk lengannya.
Pembedahan luar biasa ini berjalan selama 15 jam pada Januari tahun lepas, dan hasilnya beliau boleh menggerakkan tangannya selepas enam bulan pembedahan.
“Perkara pertama yang saya fikirkan selepas saya bangun adalah kesakitan yang sangat menyakitkan, seperti mempunyai dua trak yang diletakkan di atas bahu dan merasakan kesakitan itu akan ada sepanjang hayat,” katanya.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, dia memuat naik video sedang mengangkat beban di gim dan memeluk cucunya selepas pulih daripada pembedahan.
Menurut laporan dailymail, selepas sembilan bulan akhirnya dia mengumumkan boleh menggerakkan jarinya secara beransur-ansur.
Gretarsson memaklumkan, perubahan yang berlaku pada anggota tangannya merupakan kebebasan untuk buatnya.
“Saya boleh pergi ke kafe dan saya tidak perlu meminta seseorang memasukkan baki ke dalam poket saya, tidak bergantung kepada orang untuk mandi”
“Kisah saya ini seperti kisah dongeng, yang sentiasa ada sesuatu yang baru dalam kehidupan,” katanya.