Semasa

India sediakan 500,000 dos vaksin Covid-19 ke Afghanistan

NEW DELHI : Kementerian Luar India berkata, India telah menyediakan 500,000 dos vaksin Covid-19 Covaxin yang tidak aktif ke Afghanistan dan akan menghantar jumlah vaksin yang sama tidak lama lagi.

“India menghantar pakej bantuan kemanusiaan terbaharunya ke Afghanistan hari ini, yang terdiri daripada 500,000 dos vaksin Covid (COVAXIN). Dalam beberapa minggu akan datang, satu lagi kumpulan 500,000 tablet akan dihantar,” menurut Sputnik, dalam pernyataan kementerian.

India telah berjanji bagi memberikan satu juta suntikan vaksin kepada negara yang dilanda perang itu.

Kumpulan suntikan vaksin terbaharu akan dihantar ke Hospital Indira Gandhi di Kabul.

Vaksin itu adalah sebahagian daripada 1.6 tan bekalan perubatan yang dihantar ke Afghanistan oleh India melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Disember.

Ia diperbuat daripada coronavirus yang telah dinyahaktifkan oleh syarikat bioteknologi India Bharat Biotech.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button