Semasa

India rekod kes Covid-19 37,379 , varian Omicron 1,892

NEW DELHI :  Menurut statistik terkini daripada kementerian kesihatan India, jumlah kes Covid-19 telah meningkat kepada 34,960,261 hari ini, dengan 37,379 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut Xinhua, kementerian itu juga mengumumkan 124 kematian tambahan akibat wabak itu, menjadikan jumlah kematian kepada 482,017.

Secara keseluruhannya, terdapat 171,830 kes aktif Covid-19 di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 34,306,414 kes jangkitan Covid-19 telah pulih setakat ini, dengan 11,007 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut data kementerian, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang membabitkan varian Omicron telah mencapai 1,892, dengan negeri Maharashtra merekodkan 568 kes dan Delhi 382 kes.

Berikutan peningkatan kes Covid-19, Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai (BMC) telah mengumumkan peraturan baharu di Mumbai.

Jika lebih daripada 20% penduduk dijangkiti Covid-19, BMC akan menutup keseluruhan bangunan kediaman.

Pekeliling itu berkuat kuasa hari ini, selepas India melaporkan 8,082 kes baharu Covid-19 sehari sebelumnya.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button