Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
KUALA LUMPUR: Hari ini tular kejayaan anak muda, Iman Binti Asri, 24 tahun, yang berjaya menjadi diantara beberapa orang pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’.
Iman berjaya menamatkan khatam al-Quran dalam tempoh kurang 17 jam dengan kurang 10 kesalahan bacaan.
Untuk makluman Syahadah Ula al-Fateh merupakan ujian menghafaz al-Quran yang telah dilaksanakan oleh Maahad Tahfiz al-Fateh, Batang Kali sejak tiga tahun lalu.
Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat Prof Dr. Zainur Rashid Zainuddin mengatakan beliau mengenali Iman sebagai seorang remaja yang hebat.
“Tahniah Iman Binti Asri
Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat.
Beliau adalah di antara beberapa orang di pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’, tatkala remaja.
Beliau lulus dengan jayanya, semakan tahfiz 30 juzuk al Quran oleh 4 orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam.
Beliau kini memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al Quran yang melayakkannya untuk mengajar tahfiz di mana-mana negara di seluruh dunia.” – tulis Prof Dr. Zainur di facebooknya
Facebook Maahad Tahfiz al-Fateh memberi respon di ruangan komen Dr Zainur mengatakan bahawa Iman merupakan bekas Penyelia para pelajar dan Jurulatih Khusus bagi 5 orang pelajar Syahadah Ula di Maahad Tahfiz al-Fateh, Batang Kali.
Netizen turut memberi komen positif dan kebanyakkan wargamaya mengucapkan tahniah atas kejayaannya.