BAITULMUQADDIS : Nyawa rakyat Palestin bagai tiada harga apabila seorang wanita Palestin ditembak tanpa alasan yang kukuh oleh polis rejim.
Berdasarkan laporan berita Quds Network, Isma Khuzairah, 30, ditembak mati polis Israel di Pintu al-Silsila, Masjid al-Aqsa ekoran dakwaan ‘cubaan menyerang’ anggota petugas.
Polis Israel seperti biasa mereka cerita kononnya tembakan dilepaskan bagi tujuan ‘mempertahankan diri’.
Isma yang juga ibu kepada empat cahaya mata dibiar sehingga syahid tanpa sebarang bantuan kecemasan sejurus ditembak.
Menurut kenyataan seorang pengguna Twitter @Fakhrifadzli, kebiasannya , polis rejim menggunakan kaedah ‘Shoot to kill or ampute’ yang bermaksud tembak untuk bunuh atau melumpuhkan.
Rakaman video yang tular memaparkan tiada cubaan serangan dilakukan oleh Isma seperti yang didakwa.
فيديو يوثق اللحظات الأولى بعد إطلاق الاحتلال النار تجاه سيدة في منطقة باب السلسلة واستشهادها pic.twitter.com/IpxhZfDIfd
— AlQastal القسطل (@AlQastalps) September 30, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom