KerohanianSemasa

Ibadah haji merupakan ibadah yang penuh keistimewaan

Beribu-ribu umat Muslim dari seluruh dunia telah berkumpul di Tanah Suci, Makkah, untuk menunaikan ibadah haji. Keistimewaan ibadah haji ini tidak hanya terletak pada nilai rohaninya, tetapi juga memberikan pelbagai manfaat luar biasa bagi para jemaah.

Dalam menunaikan ibadah haji ini, para jemaah dapat menikmati pelbagai keistimewaannya. Antaranya adalah ibadah Haji merupakan antara amalan yang terbaik.

FB Haramain

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SWT pernah ditanya tentang amalan apa yang paling utama?

Beliau menjawab : ‘Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.’ Kemudian beliau ditanya kembali, ‘Setelah itu apa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Jihad fi Sabilillah.’ Kemudian ditanya lagi, ‘Lalu apa lagi? Beliau menjawab, ‘Haji mabrur.’

HR. Al-Bukhari 1519, Muslim 83

Selain itu, ibadah haji dapat menghapuskan dosa-dosa silam. Ia merupakan salah satu bentuk penghapusan dosa masa lalu jika dilakukan dengan niat yang ikhlas dan amal yang baik. Jika dosa dapat dihapuskan dengan menunaikan ibadah haji, maka pastinya habuan daripada itu adalah syurga Allah.

Perjalanan melaksanakan ibadah haji bukan sahaja menuntut pengorbanan masa dan tenaga, tapi ia turut memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Allah memberikan ganjaran yang hebat kepada mereka yang melakukan ibadah ini kerana harta yang digunakan itu dibelanjakan kerana Allah.

Oleh yang demikian, jelas ibadah haji memiliki banyak keistimewaan buat para jemaah. Berusahalah untuk menjadi tetamu Allah walaupun perjalanannya agak sukar dan memerlukan masa. Bagi mereka yang berpeluang menunaikan ibadah haji, ini adalah masa yang terbaik untuk mengaut segala keuntungan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

BACA JUGA
Haji: Malaysia jadi negara pertama peroleh kebenaran operasi pusat kesihatan

Related Articles

Back to top button