Semasa

i-Guru tentang sebarang rancangan mansuh Pendidikan Islam di sekolah

SEREMBAN : Persatuan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) menentang sebarang rancangan atau usaha bagi menyekat atau  menghapuskan Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan (SK).

Presidennya, Mohd Azizee Hasan, mendakwa jika dilakukan ia mungkin membawa kepada tanggapan buruk terhadap pendidikan Islam yang diberikan di SK dalam masyarakat.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus mengambil langkah menambah baik kurikulum Pendidikan Islam di sekolah.

“Kita percaya mata pelajaran Pendidikan Islam perlu diutamakan memandangkan remaja hari ini berisiko menghadapi masalah disiplin dan kemerosotan akhlak.

“Ancaman perpecahan moral dan pemikiran liberal boleh menjejaskan agama dan kepercayaan pelajar hari ini.”

“Hasilnya, kami percaya kurikulum Pendidikan Islam perlu diperluaskan dengan memfokuskan kepada aspek amali dan bukannya hanya menghafal dan mengingati,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir pihak memberikan pandangan tertentu terhadap subjek Pendidikan Islam di SK sehingga mencetuskan polemik dan tanggapan negatif terhadap subjek berkenaan.

Menurut Mohd Azizee, tiga jam pengajaran Pendidikan Islam setiap minggu tidak mencukupi bagi membentuk sahsiah dan jati diri murid Islam.

“Justeru, aspek pembentukan watak perlu diberi tumpuan di samping pembangunan bakat setiap murid,” katanya.

Beliau mencadangkan satu jawatankuasa penyemakan kurikulum Pendidikan Islam dibentuk bagi meningkatkan kualiti pelajar.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button