Semasa

Hulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama

IPSI sampaikan amanat MAPIM Malaysia di bumi George Town

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

GEORGE TOWN : Tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama, sumbangan tetap terus disalurkan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Salman ‘Amir Radhiallahu ‘anhu, Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Bersedekah kepada orang miskin itu mendapat satu (pahala) sedekah, dan bersedekah kepada saudara mara itu mendapat dua (pahala): (iaitu pahala) sedekah dan (pahala) menyambung silaturahim”.

(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasa‘ie, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Datuk Haji Kamarudin Abdullah menyampaikan kotak bantuan kepada pengayuh beca
Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa dan agama
Seorang pengayuh beca meluahkan rasa syukur menerima kotak bantuan

Pada Khamis, Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), menyampaikan amanat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan menyalurkan kira-kira 30 kotak bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Bantuan disampaikan oleh Presiden IPSI merangkap Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia, Datuk Haji Kamarudin Abdullah kepada golongan pengayuh beca tanpa mengira bangsa dan agama di sekitar kawasan Masjid Tarik Air, George Town, Pulau Pinang.

“Tengahari ini amanah MAPIM Malaysia telah disampaikan kepada 30 pengayuh beca yang merentasi kaum dan agama,” katanya.

Ini merupakan kerjasama antara MAPIM Malaysia dan IPSI buat kali yang kelapan.

“Jutaan terima kasih kepada Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery yg berbesar hati membantu IPSI dan Masjid Tarik Air. Dari Ummah untuk Ummah.” -Datuk Haji Kamarudin Abdullah

Menurut Jurucakap IPSI, kerjasama ini akan terus dipergiat pada masa akan datang dengan memberi sumbangan kepada lebih ramai masyarakat yang terjejas.

Dalam masa yang sama, penyebaran dakwah dapat diperluas kepada setiap pelosok masyarakat.

Oleh Nurshazlin Shahrom

_____________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button