Semasa

Hujan, ribut petir dijangka hingga Khamis

KUALA LUMPUR : Beberapa negeri di Semenanjung dijangka dilanda hujan dan ribut petir selain beberapa lokasi di Sarawak dan Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan hujan dan ribut petir dijangka berlaku pagi hingga malam sehingga Khamis ini.

Menurutnya, Sabah juga akan hujan selain ribut petir dan mendung di beberapa lokasi di Pantai Barat dan Kudat.

“Ribut petir dan mendung dijangka akan berlaku di Semenanjung pada pagi hingga petang esok manakala Sarawak dijangka pada petang dan malam.

“Sabah dan lokasi di Pantai Barat dijangka akan mengalami hujan berterusan esok dengan kawasan yang terkesan adalah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan bermula hari ini hingga esok,” katanya.

Lokasi lain di Sarawak seperti Kuching, Serian, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang akan dijangka berdepan ribut petir pada sebelah petang hingga malam.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button