Semasa

Hujan ribut Kanada, saluran paip minyak utama ditutup

KANADA : Ribut berserta hujan lebat melanda British Columbia, wilayah barat Kanada, pada hari Isnin, menyebabkan tanah runtuh, penutupan jalan, pemindahan seluruh komuniti dan penutupan saluran paip minyak.

Selepas air naik menutup jambatan dan menyebabkan kemudahan rawatan air sisa ditutup, pihak berkuasa di Merritt, kira-kira 200 kilometer (124 batu) timur laut Vancouver mengarahkan semua 7,100 penduduk berpindah.

Dalam kenyataan rasmi, kejadian itu  menimbulkan risiko kebocoran kumbahan dan risiko kesihatan peribadi.

Beberapa lokasi dibanjiri hujan 200mm (8 inci) pada hari Ahad, dan berterusan pada hari Isnin dengan jalan dipenuhi lumpur sehingga 250mm (10 inci) air.

Kementerian pengangkutan British Columbia mengumumkan di Twitter bahawa “hujan lebat dan banjir lumpur telah merosakkan beberapa jalan raya di pedalaman BC.

Menurut menteri keselamatan wilayah itu, Mike Farnworth, pasukan penyelamat telah dihantar bagi mengeluarkan individu yang terkandas selama berjam-jam berhampiran Agassiz.

Pihak berkuasa di Abbotsford, di luar Vancouver, mengarahkan pemindahan lebih 100 keluarga  yang diancam banjir dan tanah runtuh.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button