Helikopter terhempas di kawasan pantai, dua cedera
MIAMI : Insiden helikopter terhempas ke dalam laut di luar pantai Floria telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang cedera dan dimasukkan ke hospital.
Polis Miami dalam satu ciapan di Twitter berkata, mereka menerima panggilan mengenai nahas itu pada pukul 1.10 petang waktu tempatan.
“Polis dan jabatan bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan segera.
“Terdapat tiga penumpang di dalam helikopter dengan dua daripadanya sudah dibawa ke hospital dan keadaan merelka dilaporkan stabil,” katanya.
This afternoon at 1:10 p.m., MBPD received a call of a helicopter crash in the ocean near 10 Street. Police and @MiamiBeachFire responded to the scene along with several partner agencies. Two occupants have been transported to Jackson Memorial Hospital in stable condition.
1/2 pic.twitter.com/heSIqnQtle
— Miami Beach Police (@MiamiBeachPD) February 19, 2022
Dalam pada itu, pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) turut memberi tindak balas berhubung insiden itu.
Bekas inspektor di Jabatan Pengangkutan AS, Mary Schiavo berkata, video yang tular di media sosial menunjukkan helikopter berkenaan mungkin mengalami kegagalan enjin sebelum terhempas.
Katanya, juruterbang dapat mengelak helikopter itu daripada terhempas atas orang ramai yang berenang di pantai tersebut.
-AGENSI