TAL ABYAD : Imran Jasem merupakan antara ribuan rakyat Syria yang terpaksa meninggalkan negara mereka apabila perang saudara meletus.
Dua tahun selepas pergolakan bermula, Jasem mencari perlindungan bersama keluarganya di Turki pada 2013. Hampir sedekad kemudian, dia kembali ke tanah airnya – kali ini untuk pembinaan semula negaranya.
Jasem, lulusan dari Universiti Uludağ di wilayah Bursa di barat laut Turki dalam bidang kejuruteraan awam, kini bekerja untuk majlis bandar raya di kampung halamannya Tal Abyad, sebuah bandar di utara Syria yang dibebaskan daripada kumpulan pengganas dengan sokongan Turki.
“Kami adalah anak-anak Tal Abyad. Kita harus pulang. Kita perlu bangunkan semula, “katanya.
Turki telah lama menjadi destinasi utama rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal dan negara itu menampung lebih 3.7 juta pelarian Syria.
Peperangan yang berterusan menghalang jutaan orang daripada pulang ke negara asal mereka, tetapi kira-kira 480,000 orang telah kembali secara sukarela ke kawasan yang lebih selamat di Syria.
Kehidupan Jasem yang berusia 25 tahun dan keluarganya berubah apabila kumpulan pengganas Daesh, yang diusir dari bandar itu oleh YPG / PKK pada 2015, menduduki Tal Abyad pada 2013.
Keluarganya menetap di Gaziantep, wilayah Turki berhampiran sempadan, tetapi empat bulan kemudian, ibu bapanya kembali ke Syria.
Bagaimanapun, dia terus tinggal di sana untuk menyambung pelajaran dan tidak berjumpa semula bersama keluarga sehingga 2020.
Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah di Turki, dia mendapat kemasukan ke universiti dan menamatkan pengajian dengan ijazah dalam bidang kejuruteraan awam tahun lepas.
Jasem berkata ia adalah impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi seorang jurutera awam dan dia terpaksa meninggalkan Tal Abyad untuk mengejar cita-citanya.
Jasem mengambil peperiksaan di Turki untuk pelajar antarabangsa tetapi gagal sembilan kali. Dia berazam, bagaimanapun, dan lulus peperiksaan kesepuluh.
Dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di universiti di negara asing, namun dia berjaya mengatasi rintangan dan menamatkan program empat tahun hanya dalam tiga tahun, berkat grednya yang sangat tinggi.
“Saya masih ingat tekanan yang saya alami semasa mengulang kaji untuk peperiksaan pada Oktober 2019 tetapi selepas mendengar tentang operasi Peace Spring, ia berjaya menghilangkan semua tekanan itu,” katanya kepada Anadolu Agency (AA) pada Jumaat. “Selepas operasi tamat, saya mempunyai harapan untuk peroleh kejayaan pada masa depan.
“Saya mula bermimpi untuk kembali ke Syria, untuk bersua kembali dengan keluarga saya, ”katanya.
Dia berterima kasih kepada Turki kerana memberinya peluang pendidikan bersama ribuan yang lain dari Syria.
-AGENSI
*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.
*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987