Covid19Semasa

Hari Raya Aidiladha meriah di media sosial

norma baharu?

Nilai : Pelaksanaan PKP di seluruh negara yang menghadkan jumlah bilangan jemaah di masjid telah mengakibatkan kemeriahan aidiladha pada tahun ini kurang dirasai. Apatah lagi ibadah korban juga sudah dikenakan SOP yang sama.

Malahah aktiviti kunjung mengunjung, ziarah menziarahi juga sudah tidak lagi diizinkan.

Namun itu semua tidak menjejaskan kemeriahan hari raya yang disambut dengan norma baru, iaitu disambut di media sosial sama ada di Facebook, Twitter, Instagram, ataupun Tiktok.

Para pengguna media sosial memaparkan gambar mereka bersama keluarga yang baru sahaja selesai mengerjakan solat sunat aidiladha, dan juga berpakaian cantik sempena hari raya.

Aktiviti kunjung mengunjung juga berubah secara maya dengan meninggalkan komen pada akaun media sosial rakan dan mengucapkan selamat hari raya.

Antaranya adalah Abdul Muiez Ruslee yang ceria bersama keluarganya dan keceriaan itu turut dirasai bersama oleh rakan media sosial yang lain.

Ada juga yang menyambutnya dengan penuh sederhana seperti Rafi Harumin yang cuma mengenakan baju t-shirt tertulis – BAJU RAYA.

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah mengeluarkan SOP sambutan hari raya yang ketat dan semoga SOP itu dapat menekan penyebaran virus Covid-19. Dalam masa yang sama semoga kemeriahan Hari Raya Aidiladha tetap dirasai walaupun dalam keadaan norma baharu ini.

 

 

Related Articles

Back to top button