Hari Kemanusiaan Sedunia disambut pada 19 Ogos setiap tahun di seluruh dunia. Ia merupakan hari bagi menghargai orang-orang yang sanggup berkorban untuk tujuan kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat.
Hari ini ditetapkan oleh Majlis Umum PBB (UNGA) sebagai sebahagian daripada resolusi mengenai Penyelarasan Bantuan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Setiap tahun pada Hari Kemanusiaan Sedunia, Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan menentukan tema hari kemanusiaan bagi mendorong dan meningkatkan kesedaran mengenai krisis yang berlaku.
Hari ini diperingati setiap tahun bagi memberi penghormatan kepada pekerja kemanusiaan yang terbunuh dan cedera dan juga untuk menghargai semua pekerja bantuan dan kesihatan yang terus memberikan sokongan dan perlindungan bagi menyelamatkan nyawa orang-orang yang tertindas.
Menurut laman web rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tema untuk tahun ini adalah, ‘#theHumanRace’. Ia adalah cabaran global bagi menangani perubahan iklim dan solidariti bersama orang-orang yang tertindas.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turut menyambut hari kemanusiaan ini. MAPIM memang dikenali dengan kerja-kerja kemanusiaan demi menyantuni ummah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Bantuan bukan sahaja diberikan dalam negara, malah sukarelawan mereka turut menjejakkan kaki ke 40 buah negara termasuk Gaza dan Syria bagi membantu rakyat di sana yang menjadi mangsa peperangan.
Tatkala Covid-19 yang melanda masih belum reda, pihak MAPIM terus menghulurkan pertolongan.
Antara yang MAPIM lakukan adalah menghantar bantuan kepada mangsa banjir di seluruh semenanjung Malaysia yang meliputi kotak bantuan makanan, kit kebersihan diri, dan kit solat untuk mangsa.
Selain itu, MAPIM turut menyediakan klinik bergerak bagi merawat mangsa dan mereka yang memerlukan.
Selain itu, sukarelawan MAPIM turut menghantar pek bekalan makanan kepada golongan yang hilang punca pendapatan akibat covid-19.
Antara contoh terdekat adalah Misi Bantuan Ihsan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang diadakan pada bulan lalu bersama aktivis kemanusiaan merangkap selebriti, Zizan Razak dan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Agama pada waktu itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakr.
Kedua-dua lokasi tersebut menjadi antara lokasi popular pelancongan dan ia menjadi sumber pendapatan untuk penduduk di situ.
Namun, dengan penutupan sektor pelancongan sudah pasti mereka amat terkesan dan hilang sumber mata pencarian. Atas dasar prihatin, MAPIM sanggup turun ke Terengganu bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk di sana.
Segala wang derma yang dimasukkan ke dalam Tabung Kemanusiaan MAPIM Malaysia akan digunakan bagi membeli segala barang keperluan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut (Dr.) Sani Araby Al- Kahery, bantuan dari pihak MAPIM tidak mengenal siapa, baik golongan asnaf, orang asli, pelajar tahfiz, dan pelarian serta kepada golongan muallaf, segala rezeki yang diberi oleh Allah S.W.T seharusnya kita kongsikan bersama.
(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia
“Niat untuk membantu sesama ummah bukanlah kerana nama, tapi untuk dijadikan sebagai ‘role model’ ataupun contoh kepada orang lain sekiranya mereka ingin menyertai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kemanusiaan. Walau bagaimanapun, segala sumbangan yang diberikan tidak akan terjadi tanpa sumbangan dari orang ramai juga yang turut menyalurkan sumbangan berbentuk derma kepada Tabung Kemanusiaan MAPIM,” katanya.
Dalam pada itu, pada Hari Kemanusiaan Sedunia tahun ini, PBB telah menggesa pengguna sosial untuk berlari, menunggang, berenang, berjalan atau melakukan sebarang aktiviti pilihan mereka selama 100 minit antara 16 Ogos dan 31 Ogos.
Ini sebagai tanda solidariti kepada orang-orang yang rentan dan memberitahu pemimpin dunia bahawa mereka mengharapkan negara maju untuk menunaikan janji mereka selama 100 tahun berjumlah $100 bilion setiap tahun untuk mitigasi dan penyesuaian iklim di negara-negara membangun.
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
HOTLINE MAPIM MALAYSIA jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038