KemanusiaanPalestinSemasa

Hari ke-4, Gaza bakal diancam perang sebenar?

Keadaan lebih buruk sekiranya tentera memasuki darat

GAZA:  Serangan Israel ke atas Gaza memasuki hari ke-empat. Selain menyasarkan sasaran yang strategik seperti bangunan atau kawasan dihuni para pejuang HAMAS, bangunan menempatkan media juga antara yang menjadi pilihan tentera regim untuk menjadi mangsa peluru berpandu Israel.

Statistik terkini Kementerian Kesihatan  Palestin menyebut  109 syuhada’ maut,  28 daripadanya kanak-kanak dan 15 wanita. Manakala 621 lagi cedera dalam serangan bertubi-tubi ke atas Gaza.

Pagi tadi mengikut Palestine International Broadcast melaporkan 100 buah roket disasarkan Israel ke Gaza.

Pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir al Nuri berkata kebimbangan tercetus jika tentera Israel sudah masuk ke sempadan.  Menurut beliau  dalam pemerhatian kali ini, tentera Israel menggunakan strategi berbeza, iaitu menyerang secara serentak dari udara dan di kawasan sempadan.

Bagaimanapun pergerakan tentera darat belum benar-benar berlaku. Namun strategi itu menyebabkan penduduk Gaza yang berada di sempadan telah pun melarikan diri ke kawasan Gaza yang lebih dalam. Kaedah itu dilakukan Israel bagi memudahkan pergerakan mereka sekiranya kawasan sempadan semakin kosong.

“Ini yang dibimbangi kerana dalam jam-jam yang ada ini ia bakal menimbulkan persoalan apakah bakal berlaku krisis yang lebih besar, atau perang dihentikan. Ia bergantung kepada kedudukan tentera darat rejim sama ada maju atau tidak?” – Nadir Al Nuri / Pengasas Cinta Gaza Malaysia

Sekiranya keadaan ini berlaku maka perkara sukar akan berlaku pada masa tahun 2014 yang menyebabkan bekalan elektrik terputus. Setakat ini penduduk Gaza hanya menikmati bekalan elektrik selama lapan jam sehari. Bekalan bahan api yang bakal menyusut akan menyebabkan mereka hanya mendapat elektrik dalam dua atau tiga jam sahaja sehari.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dalam sidang media secara maya pelancaran #MyAqsadefenders pagi tadi.

***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza  ATAU  menerusi Akaun Maybank  DANA MAPIM : 5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)  atau Whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button