Covid19SemasaSukan

Harga tiket bola sepak mungkin naik?

Akibat kos yang ditanggung oleh pasukan bola sepak

KUALA LUMPUR 25 Mac : Harga tiket perlawanan bola sepak dijangka akan naik selepas penyokong dibenarkan kembali ke stadium pada April 2021 walaupun terdapat saranan untuk mengekalkan harga tiket Liga M seperti sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata kenaikan itu disebabkan faktor peningkatan kos yang bakal ditanggung pasukan apabila kehadiran penyokong ke stadium dibenarkan bermula 1 April ini.

“Harga barang pun naik pada masa ini, jadi saya rasa harga tiket pun akan naik, tidak dapat dielakkan. Apa yang penting peminat menyokong sebab kos yang dibelanjakan adalah untuk pasukan dan secara tidak langsung membantu pasukan.” – Ketua Pegawai Eksekutif MFL / Datuk Ab Ghani Hassan

Beliau berkata kos perbelanjaan pasukan akan meningkat apabila perlu menambah jumlah petugas di stadium selain menyediakan kemudahan seperti cecair pembasmi kuman dan alat pengimbas suhu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL – Datuk Ab Ghani Hassan

“Perkara ini sedang diteliti, saya percaya vendor tiket dilantik MFL akan menyediakan kemudahan tersebut, jadi tidak perlu untuk pasukan berbelanja untuk perkara itu atau menanggung apa-apa lagi kos,” – Ketua Pegawai Eksekutif MFL / Datuk Ab Ghani Hassan

Dalam pada itu, beliau akan meminta semua pasukan untuk menghantar cadangan kenaikan harga tiket masing-masing untuk diteliti MFL terlebih dahulu.

– BERNAMA

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button