Covid19KesihatanSemasa

Harga motosikal 150 cc dijangka lebih murah di bawah PEMERKASA

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi

Bangi : Motosikal bawah 150 cc adalah sangat sinonim untuk golongan B40 dan M40. Malah jualan motosikal bawah 150 cc tidak menampakkan pengenduran semasa pandemik covid-19. Ini kerana peningkatan pekerjaan yang memerlukan motosikal seperti penghantar barang dan makanan.

Dalam siaran langsung pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan pengecualian duti eksais 100 peratus bagi motosikal pemasangan tempatan (CKD) bawah 150cc.

Pengecualian itu bermula dari 1 April sehingga 31 Disember 2021.

Duti eksais ialah cukai yang dikenakan pada barangan yang diimport ke Malaysia. Secara teori pengecualian cukai akan memberi kesan pada penawaran harga motosikal.

Walau bagaimanapun belum ada maklumat terperinci berkenaan pelaksanaan cukai ini. Diharapkan dengan pengumuman ini, golongan B40 dan M40 akan mendapat manfaatnya.

Sebelum ini kereta CKD sudah menikmati pengecualian duti eksais sehingga hujung tahun ini.

Related Articles

Back to top button