DomestikSemasa

“Hanya tinggal sehelai sepinggang”

GEMAS : Pada mulanya beliau menyangka hujan lebat yang berlaku hanya seperti hujan biasa sebelum ini. Bunyi rintik air hujan membuatkan Ab Tajul Zainal Abidin, 44 tahun, terlena.

Hanya ketika pada waktu tengah malam beliau yang ketika itu tinggal seorang diri di rumah, baru menyedari air sudah naik dengan cepat, lebih dua kaki hanya dalam masa satu jam.

Beliau yang mengaku tidak sihat dan ada masalah jantung terpaksa bergegas meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang.

Selama tujuh hari beliau meninggalkan rumahnya di Kampung Pasir Besar yang ditenggelami air banjir dan menetap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Apabila kembali ke rumah, harta benda dan semua dokumen penting musnah tidak dapat diselamatkan. Ini termasuklah pakaiannya.

Ketika beliau sudah terduduk, dia bersyukur kerana ramai NGO yang datang membantu membersihkan rumahnya.

“Kalau harapkan saya seorang, memang saya tak larat,” luah Ab Tajul.

Ab Tajul semakin lega dan bersyukur apabila MAPIM Malaysia bersama dengan MAPIM Rangers, datang memberikan barangan bantuan seperti kotak makanan, selimut, bantal, dan dapur memasak.

Bantuan itu dihulurkan sempena Misi Bantuan Pasca Banjir Gemas yang dikelolakan MAPIM Malaysia dengan kekuatan 30 buah kenderaan pacuan empat roda, dan dua buah lori.

Turut serta dalam misi tersebut ialah Ketua Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery.

Menurut (Dr.) Sani,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan Malaysia

“MAPIM akan meneruskan bantuan untuk mangsa banjir walaupun banjir sudah surut sepenuhnya, kerana cabaran utama mangsa banjir adalah untuk bangkit kembali selepas bencana dahsyat ini. Kami akan sedaya upaya membantu mereka. Memang diakui, kami tidak mampu menyelesaikan semua masalah mereka, tetapi setidak-tidaknya, kami usahakan bagi meringankan beban mereka.”

Menurut Ab Tajul, banjir tahun ini adalah banjir yang paling besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button