PalestinSemasa

Hanya kerana membawa sebatang besi, rakyat Palestin ditembak mati

kekejaman berterusan

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

RAMALLAH : Tentera Israel membunuh seorang rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki mereka pada Selasa lepas (27/7/2021).

Tentera Israel berdalih dengan mengatakan penduduk Palestin itu dibunuh kerana menghampiri tentera dengan sebatang besi di tangannya.

Memetik berita Reuters, sejumlah saksi memberitahu penduduk Palestin yang terbunuh tersebut merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun.

Korban adalah seorang tukang paip yang ditembak ketika hendak memasuki pintu masuk desa Beita, Nablus.

Penduduk juga mengatakan, tidak ada kerusuhan di sana semasa peristiwa itu terjadi.

Jurucakap tentera Israel mengatakan, warga Palestin itu membawa sebatang besi dan dengan pantas menghampiri pasukan tentara.

Jurucakap tersebut menambahkan, tentara Israel mulanya melepaskan tembakan peringatan namun lelalki itu tetap mara.

“Ketika suspek terus maju, komandan menembak ke arah suspek,” ujar jurucakap tentera Israel tersebut.

Dia memaklumkan kejadian itu akan disiasat. — KOMPAS

Related Articles

Back to top button