Semasa

‘Hantu Kak Limah’, singgah di klinik bergerak MAIWP-MAPIM

KUALA LUMPUR: Dalam usaha berterusan untuk menyediakan kemudahan kesihatan percuma kepada masyarakat, Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ke PPR Sri Aman Jinjang Utara pada hari kedua, membawa bersama perkhidmatan perubatan asas yang diperlukan oleh penduduk setempat.
Pada kunjungan ini, sekitar 120 orang dari masyarakat setempat, termasuk warga emas dan keluarga muda, telah mendapatkan manfaat dari perkhidmatan klinik bergerak tersebut.
Antara yang singgah ke Mobile Clinic ialah Puan Dalimawati bt Ishak, pelakon yang dikenali melalui wataknya sebagai Kak Limah dalam filem popular Malaysia.
Selain itu pesakit, Athiletchmi a/p Narayanan, 80 tahun, yang didampingi oleh anaknya Kalaivani a/p Manveloo dan cucunya Sudarshinisreya a/p Tamilarasan, mengungkapkan rasa terima kasihnya.
“Saya sangat bersyukur dengan kehadiran Mobile Clinic ini, kerana saya mengalami kesukaran untuk bergerak dan saya boleh mendapatkan rawatan dengan mudah berhampiran rumah,” kata Athiletchmi.
Mohamed Nawaz Bin Haji Koya, Ketua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Sri Aman Jinjang Utara

Mohamed Nawaz Bin Haji Koya, Ketua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Sri Aman Jinjang Utara, menegaskan sokongan kuatnya terhadap program seperti ini.

“Kehadiran Mobile Clinic sangat dihargai dan kami berharap lebih banyak program sebegini dapat diadakan di masa depan,” ujarnya.

Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini merupakan contoh nyata dari komitmen berterusan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan di Malaysia, khususnya bagi mereka yang tinggal jauh dari pusat kesihatan utama.

Related Articles

Back to top button