Covid19Dunia

Hampir 20,000 kes baharu direkodkan di Afrika Selatan dalam gelombang Omicron

JOHANNESBURG : Hampir 20,000 kes jangkitan Covid-19 baharu direkodkan di Afrika Selatan dan 36 kematian sejak varian Omicron dikesan di negara itu.

Namun, disebabkan hanya sebahagian sampel yang diuji, sehingga kini  jumlah jangkitan yang berpunca daripada Omicron masih belum boleh dimuktamadkan.

Namun, pakar kesihatan percaya situasi sekarang mendorong negara itu menghadapi gelombang keempat jangkitan Covid-19.

Statistik dari Institut Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NICD) mencatatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu sebanyak 3.071 juta kes, dengan lebih daripada 90,000 kematian dikaitkan dengan virus itu sejak pandemik bermula.

Varian Omicron Covd-19 diklasifikasikan sebagai varian yang kurang berbahaya berbanding varian-varian sebelumnya walaupun ia memiliki tahap kebolehjangkitan yang lebih tinggi.

Kadar mereka yang dimasukkan ke hospital juga berkurangan terutamanya bagi yang sudah lengkap divaksin.

Larangan perjalanan antarabangsa sejak para saintis mengenal pasti varian itu pada bulan lalu telah memberi kesan buruk terhadap ekonomi Afrika Selatan.

Dalam pada itu, Presiden Cyril Ramaphosa akan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan yang mengendalikan hal ehwal tindakan Covid-19 minggu ini.

Ia bertujuan untuk membuat keputusan sama ada perlu mengetatkan lagi sekatan pergerakan yang sekarang ini pada tahap rendah.

Namun dilihat tidak akan berlaku, memandangkan kapasiti hospital masih terkawal berbanding situasi gelombang jangkitan sebelumnya.

Pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan, SAFHPRA pada Rabu meluluskan vaksin ketiga atau melakukan Pfizer untuk dewasa dan berumur 12 tahun.

-REUTERS

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button